Apa itu Blog?
Ramai di antara kita yang dah tau apa itu blog terutama bagi mereka yang dah familiar dengan internet dan suka surfing menggunakan browser. Namun lebih ramai juga orang-orang di luar sana belum mengetahui apa itu "BLOG".
Sesetengah dari mereka memahami Blog adalah sebuah laman web peribadi yang kita boleh cakap apa saja... "alaaaa... yang macam malaysia today atau malaysia kini tu.." Itu la ungkapan mereka yang mungkin hanya membaca suratkabar tentang beberapa pemilik blog yang di tangkap dan dituduh memfitnah.
Saya disini bukan nak cakap siapa salah siapa benar soal menulis blog. Tapi pengertian orang ramai mengenai blog banyak yang silap! Silap jer tau bukan salah... sebab ini hak pandangan masing-masing...
Tapi disini saya sebagai penulis ingin menjelaskan sedikit pengertian tentang Blog mengikut presepsi saya secara peribadi.
Blog adalah sebuah laman web kecil yang di kelola secara individual dimana mereka mampu mencurahkan pandangan mereka sendiri mengenai apa yang mereka rasakan, mereka lihat dan dengar. Lalu mereka menuliskannya dengan berharap ada seseorang yang membaca dan memahami pandangan peribadinya walaupun nanti si pembaca tidak akan setuju dengan pandangan tersebut, tapi sekurang-kurangnya mereka telah meluahkan apa yang mereka rasakan.
Ini boleh kita lihat secara psikologi bahawa Blog adalah sebuah tempat pencurahan emosi peribadi yang tidak di wakili oleh mana-mana pihak dan itu hak individual tersendiri. Kebaikkannya, adalah mampu mengurangkan tekanan perasaan, yang melampau dalam diri kerana telah tercurah kedalam pentuk bait-bait tulisan yang boleh dibaca siapa saja. Dan itu suatu kepuasan peribadi.
Sejarah
Sejarah menunjukkan bahawa kita semua biasanya menuliskan apa yang kita rasa, dengar dan lihat kedalam diary peribadi dan itu jarang sekali boleh dibaca oleh orang lain. Tapi oleh kerana manusia adalah makhluk yang bersifat sosial, mereka pun menulis berlembar-lembar tulisan yang akhirnya cuba di cetak dan di jadikan buku.
Semakin hari semakin canggih hingga wujudnya Internet yang mampu di gunakan oleh orang awam dan mereka menulis dalam bentuk Homepage. Perkataan "Homepage" adalah perkataan lama bagi blog zaman sekarang. Jika laman web rasmi di sebut sebagai website (laman web) atau webpage. Tapi untuk yang bukan rasmi atau milik persendirian itu dinamakan homepage atau (halaman rumah). Dan rumah itu sendiri adalah sebuah objek kata yang tertuang dan bermaksud kediaman dan kediaman itu identik dengan peribadi.
Seiring perkembangan manusia semakin banyak yang ingin menulis tentang diri mereka, apa yang dirasakan, didengar dan di lihat, maka pemilik hosting-hosting besar mula melihat potensialnya. Dengan ramainya pengguna Acount Yahoo pada pertengahan tahun 90an hingga 2003, pengguna hosting Geocitis (subdomian perkhidmatan Yahoo) sangat popular untuk sebuah homepage peribadi. Apa lagi itu secara percuma!
Dan setelah itu lahir beberapa hosting provider menawarkan space homepage secara percuma dengan mewajibkan setiap pengguna meletakkan iklan mereka di homepage tersebut.
Kebaikkan Penulisan Blog
Sepanjang sejarah, penulisan artikel yang mengandungi unsur keperibadian ini begitu hangat di perkatakan. Banyak yang menguntungkan semua pihak. Bagi penulis, ia mampu mencurahkan keluh-kesahnya melalui sebuah tulisan hingga mampu menstabilkan emosinya. Bagi pemilik hosting, mereka mampu menjana dan mengiklankan produk mereka kepada pembaca homepage. Dan bagi pembaca, boleh belajar banyak perkara dari orang lain dengan mengetahui sudut pandang orang lain dan menghargai sudut pandang orang lain. Kerana setiap sudut pandang orang lain memang 120% berbeza dengan kita walaupun mereka kembar siam sekalipun.
Kadang apa yang orang lain lihat, kita tak mampu melihatnya. Oleh itu kita akan mampu melihatnya melalui kacamata peribadi orang lain berkenaan apapun. dan disini terjadi share knowlage!
Bermula dengan nama "Blog"
Saya sendiri kurang tahu dan kurang mendapatkan informasi dari mana datangnya perkataan Blog. Namun Sejak kelahiran blogger.com hingga diambil alih oleh Google Inc dan sampai sekarang sangat popular seperti yang kami gunakan di blog ini.
Beza Blog dan homepage tidak banyak kecuali cara pengurusan (management) nya yang lebih baik berbanding homepage. Jika zaman homepage, penggunanya di syaratkan mahir menggunakan bahasa HTML dan javascript. Dan mampu menggunakan sekurang-kurangnya Microsoft Front Office waktu itu. Dan cara management nya juga cukup sulit dan melelahkan kerana di lakukan secara manual. Mula dari men-design hingga menulis kata-kata dan mengupload ke server host.
tapi berbeza di Blog, Semua sudah tersedia. Daftar, tulis artikel dan terus boleh di baca oleh umum. Jika ingin menukar design, secara basic sudah disediakan beberapa pilihan. Jika ingin kelihatan lain dari yang lain, boleh menukar template yang banyak di internet tampa melakukan modifikasi sulit, hanya copy-paste dan edit script sedikit, lalu tampilah blog yang menarik...
Kemudian tulislah apa yang ingin di tuliskan. Dan secara profesionalnya adalah penulis blogs adalah hak individual. Itu kata hati mereka. Baik buruk hanya pembaca yang menilai da tidak berhak menghakimi kerana pandangan kita semua memang berbeza. kalau kita tidak setuju dengan blog tertentu. Kita hanya boleh memberi kritikkan melalui komen dengan cara profesional juga dan ruangan komen memang disediakan bagi setiap blog bagi emberikan feedback (maklumbalas) kepada penulis. Itu lah... Bagi saya ianya sangat demokrasi. Disamping penulis menyuarakan isiharinya, pembaca juga boleh bersuara mengenai topik/artikel yang di tulis oleh penulis...
Sekian dulu untuk sementara ini... Nanti saya akan membuat sedikit-demi sedikit tentang bagai mana memulakan sebuah blog. Ikuti saja laman ini seterusnya... :)
1 comments:
aku jadi teringat masa belajo ngan geicities...
Post a Comment