Tuesday, February 17, 2009

Multi Level Marketing (MLM)

Apa itu MLM?
Boleh berjaya ke dengan MLM ni?
Boleh kaya ke dengan MLM ni?

Dan pelbagai lagi persoalan yang timbul dikalangan masyarakat kita hari ini tentang hal ini. Persoalan begini timbul kerana telah ramai kawan atau jiran-jiran saya yang tidak berjaya. Tapi semakin ramai yang tidak percaya akan bidang perniagaan sebegini, semakin banyak pula syarikat-syarikat yang wujud akhir-akhir nie..macam cendawan tumbuh.. Saya nak cakap percaya pun tak, nak cakap tak percaya pon tak. Jadi satu hari saya nak tau kebenaran saya
cuba cari maksud dan tujuan MLM di internet..

Multi-level marketing adalah sistem penjualan dengan memanfaatkan konsumen langsung sebagai tenaga penyalur. Harga barang yang ditawarkan di tingkat konsumsi adalah harga produksi ditambah komisi yang menjadi hak konsumen karena secara tidak langsung telah membantu kelancaran distribusi. itu lah pengertian MLM yang saya dapat dari wikipedia. Dan perkembangan MLM ni sudah sangat memprihatinkan sebab orang kata telah banyak unsur-unsur penipuan.Dan banyak keluhan yang saya dengar dari kawan-kawan dan jiran-jiran yang sudah tidak percaya akan MLM nie. Dan MLM sebenarnya memanfaatkan sistem DIRECT SELLING (Jualan Langsung). Sistem tersebut banyak berkembang melalui sistem piramid.

Dan sejurus dengan perkembangan semasa MLM telah berkembang melalui internet. Dan namanya lebih komersial iaituInternet Marketing. Cerita-cerita yang saya dapat dari orang-orang yang pro akan MLM nie, mereka kata telah ramai yang berjaya bersama MLM nie. Tapi cerita-cerita tersebut setakat keterangan lisan dan tulisan sahaja.. Jika MLM dapat membantu meningkatkan ekonomi mengapa kerajaan tidak menggalakkan rakyatnye menyertai MLM?.. Dan sampai sejauh mana tahap kestabilan syarikat-syarikat MLM tersebut. Kalau masih diragui kestabilan MLM nie adakah ia bertanggungjawab akan pengurusan pembahagian komisennye? Kenapa syarikat tersebut tidak memperkenalkan produk dan menjalankan perniagaan mereka sendiri? Dan kenapa tidak mereka bukak kedai farmasi, jika produk mereka bermutu sudah tentu sekali pihak-pihak tertentu akan membantu pengusaha-pengusaha yang berpontensi.

Jadi, jika saya katakan saya tidak percaya akan MLM ni. Saya ada seorang jiran yang saya tahu kerjanya cumalah jalan sana jalan sini. Selalu senyum, menjalankan hidup seperti orang lain,makan,minum dan sebagainya. Dia selalu mempelawa saya untuk join dia. Tapi MLM masih dalam keraguan saya.

Jadi kepada semua blogger.. anda tentu orang-orang yang bijaksana
lagi arif berilah pandangan atau comment tentang MLM nie. Semoga pandanagn anda dapat menyelamatkan atau membantu seseorang menjadi lebih berjaya.



Related Posts by Categories


0 comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Comments

  © 2008 - 2009 SyaLog A Blogs Publisher. Template by Ourblogtemplates. Hosted by Blogger

Back to TOP